Putrajaya Persint 2 - Sewa Lampu Phototherapy
Assalamualaikum
| 21.01.2017 | 5.44 petang |
Lepas Asar sambil hirup teh o panas Cik Sab dapat panggilan telefon, gerangannya orang dari Putrajaya, Puan Syida beritahu anaknya kena 'demam kuning' jaundice.
Setelah segala maklumat berkaitan bayi Puan Syida Cik Sab rekodkan, Puan Syida maklumkan yang dia sudah berbincang dengan doktor untuk sewa lampu phototherapy buat anaknya. Itu pon lepas lampu phototherapy di hospital tiada satu pon yang kosong.
Dalam pukul 7 malam Cik Sab pasang dan terangkan cara penggunaan lampu phototherapy ni dan minta Puan Syida bawa anaknya check up di klinik berhampiran setiap hari sepanjang dia menggunakan lampu phototherapy tu. Bukan apa supaya doktor dapat pantau sendiri kadar penurunan bilirubin jaundice anak dia.